Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan

August 30th, 2007 by din87

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Kisah Cinta 100 hari

August 30th, 2007 by din87

Kisah Cinta 100 Hari

July 30th, 2007

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai  desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

alhamdulillah….

February 25th, 2007 by din87

alhamdulillah….
baru seminggu buat bisnes topup, dah hmpir licin duit modal aku…
skang nie nak kene pusing balik modal..ada lah sikit2 keuntungan…
semuanya banyak sumbangan dari kawan aku yang sorang nie…si sjil..orang tengah aku..thankz ajil…
mcm tak caya pulak..kadang2 dalam satu hari tu hampir RM100 dia beli topup dari aku…mmg ada bakat nak jadi orang bisnes..
la nie dalam proses nak lancarkan apa yang aku dah rancang dari awal sem.masuk ajer bulan 3 nie..hope bisnes nie semakin berkembang.aku nak cuba kembangkan kat UPSI nie..
itu lah yang aku mampu nak cari duit poket…nak keje,takut tak cukup masa..assignment plak makin berlambak..
so,buat teman2 di luar sana…terutamanya di luar UPSI,kalau rasa nak buat bisnes topup…cntct la aku..Free ajer…tanpa yuran keahlian.juz perlukan modal untuk perniagaan.tapi yang peliknya,org melayu kita nie berkira sangat kalau untung sikit..yela,sape tak nak untung banyak kan?…
tapi kalau difikir2 balik…daripada korang beli topup kat kedai selama bertahun2..apa faedah yang korang dapat…bila buat bisnes sendri.dapat sikit komisen…secara tak langsung tambah sikit duit poket…buktinya..baru seminggu aku laburkan modal RM400…la nie tinggal RM5 ajer..dalam masa seminggu ajer dah boleh tambah sikit2 duit poket…pendek kata,semuanya atas usaha masing2…hendak sribu daya..tak nak seribu dalih..
org yang berjaya mesti merasa macam mana hidup susah…org nak untung banyak juga,mesti merasa macam mana dapat untung sikit…dari untung sikit lah kita dapat belajar strategi2 bisnes yang perlu dibaiki dikembangkan…
Fuh..loteh den,kalau dah bab ceramah,memang den nombor satu…ahakz…

To all ex SMKSD 00/04..

January 14th, 2007 by din87

salam… kepada eX Student SMKSD 00/04,..jemput layari laman web ex SMKSD 00/04 :

www.circles99.com/smksd

Selamat Hari Lahir

January 3rd, 2007 by din87

erm…pejam celik pejam celik…rupanya hari ni aku dah masuk 20 thn.kejap rasanya masa berlalu.dari malam tadi lagi aku dah tunggu,siapa lah yang akan jadi orang pertama wish kat aku.tunggu punya tunggu..akhirnya telefon bimbit aku berbunyi.seronok tak terkata masa tu,jam pulak dah masuk kul 12..nak tau siapa?..buah hati den la.siapa lagi..orang pertama yang contact aku selepas pukul 12.pastu terus cari port baik untuk berbual lama skit.bak kata dalam istilah palapes.."take cover".memang malam tu rasa seronok sangat dapat berbual dengan dia.maklumlah,latihan palapes nak dekat sebulan,kempunan hati ni nak dengar suara si Dia.ahakz..berbual pun tak lama,juz setengah jam ajer.tapi dalam masa setengah jam pun,macam2 aku dapat.especially "tang" tu…apa dia?..hehe,BIARLAH RAHSIA.hanya aku dan si Dia ajer yang tau.

Waktu siangnya pula,aku ke kelas macam biasa.adeiyh..rupa2nya si minah ni sama kelas dengan aku.saper lagi..si shidah la.ex-rumet si Dia kat matrik dulu.aku terus duduk depan dia.pastu katanya nak minta tolong something dari aku.pelik?…tak pernah2 pun minah ni minta tolong sebelum nie.pukul 2.45 ptg, jumpa kat kolej.

Erm..jam dah pukul 2.45ptg.manalah si minah ni.ni mesti bersiap lama sangat.aku pun tunggu dalam 10 minit,barulah muncul depan mata.masa datang tu,siap bimbit hadiah lagi.Ah sudah..siapa pula yang bagi hadiah nie.aku tanya dia..tapi dia tak nak bagi tau.siap ada gambar love kat bungkusan.tak kan si Dia kot.katanya nak bagi time jumpa nanti.soal punya soal..dia tak nak juga bagi tahu.erm..baik aku amik dulu.kot dari orang tak kenal,aku pulangkan balik.

Sampai ajer kat bilik,terus aku buka bungkusan tu perlahan2..terpampang la sebuah kotak dengan kad ucapan.apabila terpandang ajer "word" pada kad tu.aku terus senyum..dah tau siapa yang bagi.yelah,"word" tu..siapa lagi yang layak guna kalau bukan si Dia.hehe..aku terus capai h/p aku,dan call si Dia.hanya ucapan terima kasih yang mampu ku ucapkan.banyak juga pengorbanan si Dia semata2 nak pastikan hadiah tu sampai.

Erm..memang suprise.tak sangka begitu teliti "plan" mereka.apa2 pun. thankz sayang..Abang syg sgt kat ayang..(^_^)

BOSANNYER…

December 26th, 2006 by din87

hai…kenapa la cheq rasa bosan sangat bila dah balik dr latihan palapes nie.hp pun dah lama tak berbunyi..member2 semua ramai dah balik U masing2.erm…bila fikir2 balik.keadaan cheq kat sekolah dulu berulang kembali skang nie.bukan macam org bujang,tapi macam sebatang kara..nak berkongsi cerita pun dah tak ada mood.coz mcm ckp sorang2..la nie,cheq rsa elok cheq mendiamkan diri ajer..buat teman2 cheq kat luar sana.hope next time kita dapat bersua kembali.tapi bukan dgn hafiszudin yg hang kenal..

October 6th, 2006 by din87

testing…testing….